Isnin, 18 September 2017

kerja makmal

Perkara yang perlu diambil perhatian

1. pastikan bahan ditimbang tanpa mengambil kira berat bekas.
2. pastikan bahan tidak terganggu seperti tersejat atau bekas bocor.
3. pastikan masa menggaul adalah seragam.
4. pastikan tempoh memasukkan bahan ke dalam acuan adalah cepat.
5. pastikan setiap bahan yang ingin dimasukkan ke dalam acuan ditimbang supaya beratnya seragam
6. pastikan tekanan sewaktu proses pemadatan dilakukan. berapa psi?
7. pastikan acuan dibuka dengan berhati-hati
8. pastikan serpihan batu bata dikemaskan
9.pastikan marking batu bata selepas sehari.
10.keringkan di tempat yang terdedah udara.


#abc
#akubudakcuci

Rabu, 13 September 2017

SOP kerja makmal (sampel kawalan)

abc nak kongsi sedikit perkara sahaja. ini juga peringatan untuk abc. Apabil kita melakukan kerja makmal atau membuat sampel pastikan kita membuat sampel yang kawalan dahulu. Ini adalah kerana dari sampel itu baru kita boleh kenaplasti sebarang kesilapan kita dari awal. Kalau sampel kawalan pun salah takkan sampel lain betul? tanya diri sendiri...

SIAPA abc selama 36 tahun

abc mula-mula mendapat pendidikan awal di sekolah di sebuah sekolah di Sek Keb Felda Chemomoi. Sekolah ini terletak jauh di pedalaman iaitu kira-kira 70km dari daerah Bentong dan 30km dari pekan Triang. Di sini abc telah menamatkan persekolahan dengan sijil UPSR 2A2B sahaja. Tetapi itu bukan penamat pendidikan abc. Pengalaman abc di sekolah itu, sewaktu abc mengambil keputusan UPSR, ada seorang kawan yang memang boleh dikategorikan anak orang kaya kerana bapanya sebagai pegawai Felda telah menghina abc. Beliau yang mendapat keputusan 4A mengatakan itu sahajalah yang abc mampu sebagai anak peneroka dan akhirnya akan membantu ayah di ladang juga.

Sejak dari hari itu, abc selalu menyuarakan cadangan dengan ayah abc yang abc taknak sekolah di Felda itu lagi. abc kena keluar dari situ. Maka bermulalah episod abc bersekolah di luar dan tinggal di asrama. Sekolah menengah abc sehingga tingkatan 3 di SMK Bentong. Alhamdulillah abc mendapat keputusan PMR 6A3B. Boleh dibanggakan kerana keputusan abc adalah terbaik di kalangan anak-anak di sekolah kampung abc. 

Maka abc meneruskan lagi pengajian di bidang teknikal iaitu Kejuruteraan Awam di Sek Men Teknik Seri Pelindung, Kuantan. Di sini persaingan makin sengit dan abc bersyukur abc juga lulus SPM dengan cemerlang dengan Pangkat 1 Aggregat 17. Masih boleh dibanggakan kerana lulus dengan cemerlang.

Sampai sahaja di rumah pada hari mengambil keputusan SPM itu, abc segera mencari emak dan menceritakan keputusan abc itu.Kebetulan ayah di situ."Kalau kau nak sambung belajar cari duit sendiri, abah emak tak mampu! Kalau kau belajar tinggi pun belum tentu dapat kerja".

Punah dan hancur berderai hati ini yang sangat teringin masuk universiti. abc membawa diri ke Ampangan, Seremban. Tanpa arah dan tujuan hari itu. Nasib abc baik terjumpa kawan dan mengajak abc bekerja sebagai budak cuci kereta. Di sinilah bermulanya siapa abc. Seawal jam 8 pagi abc akan bekerja sehingga lewat petang mencuci kereta dengan upah sebanyak RM20 sehari. Jika kereta kurang upahnya kurang, dan jika kereta banyak upahnya tetap RM20. saban hari abc menyimpan duit untuk menyambung pengajian ke universiti. Hampir 3 bulan abc bekerja dan gaji abc tidak membeli apa-apa pun dan abc dapat mengumpul RM1200 ditolak pemberian duit kepada emak dan abah.Sewaktu abc sebagai ''akubudakcuci'' kereta ini pelbagai karenah pelanggan yang abc lalui. Ada yang baik, cerewet dan yang paling tak boleh lupa adalah pelanggan yang sangat berhemah walaupun keretanya mewah iaitu Jaguar 2 tangki minyak. Malah beliau akan minta abc menghantar kereta ke rumahnya setelah dicuci. Namun apa daya abc, abc cuma mapu bekerja 3 bulan sahaja. abc dituduh mencuri jam pelanggan oleh bos abc. Sedangkan jam yang abc ada di dalam beg itu adalah jam ayah abc. abc sentiasa bawa jam ayah itu untuk membuktikan kepada ayah bahawa kata-kata ayah itu salah. 

abc memohon ke ITM ketika itu dan diterima. Menggunakan duit yang ada abc mampu membayar yuran sebanyak RM200 ketika itu. Alhamdulillah abc dapat pinjaman PTPTN untuk terus menyambung Diploma Kejuruteraan Awam bagi semester berikutnya. abc akhirnya berjaya mendapatkan diploma selama abc 3 tahun di situ. 

Kemudian untuk menyambung ijazah, abc mula terfikirkan duit untuk membayar yuran, rumah sewa, makan dan lain-lain. Maka abc ambil keputusan untuk meneruskan kehidupan dengan bekerja.Bermula dengan gaji RM600 sebulan, abc bekerja sebagai kerani tapak. Selama 3 tahun abc bekerja dalam bidang pembinaan dan akhirnya abc terfikir sampai bila aku terus begini. Kerja yang aku buat tetapi yang menurunkan tandatangan orang lain. Maka abc nekad sambung ijazah dengan sedikit simpanan yang ada sewaktu bekerja. abc berhenti bekerja di syarikat itu sebagai Assistant Project Manager dengan gaji hampir RM4000. 

Bermulalah episod abc sebagai pelajar semula dalam bidang pengurusan pembinaan di UiTM Shah Alam. Kursus ini melibatkan banyak kerja luar iaitu abc perlu mendapatkan maklumat di merata tempat. Jadi keperluan kewangan tidak mencukupi walaupun abc mendapat pinjaman PTPTN. Maka pada siang harinya abc belajar dan malam harinya abc akan bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah kedai kek seksyen 18, Shah Alam.Pilihan kerja yang bijak kerana abc tak perlu fikirkan duit untuk membeli makanan lagi.Roti atau kek yang tidak habis pasti akan dibawa balik sebagai juadah abc. Namun lama kelamaan abc mula rasa muak dan rasa macam nak muntah makan kek dan roti setiap hari.Akhirnya selama 2 tahun abc telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda dengan kepujian. 

abc ditawarkan kerja di Muar dan bermulalah episod sebagai orang utama dalam pembinaan. Menguruskan tapak pembinaan di sekitar Muar, Johor. Tak lama abc di situ, abc meneruskan kerjaya di Syarikat Perumahan Negara Berhad. Di situ juga abc tidak lama dan akhirnya abc dapat tawaran sebagai tenaga pengajar di Politeknik. Bermulalah episod abc si tukang cuci kereta sebagai pensyarah sehingga ke hari ini. 

Kini abc dapat peluang untuk menyambung belajar lagi ke Sarjana di UiTM. InshaAllah abc akan terus belajar dan belajar. Ilmu itu cahaya dan abc kena pastikan yang nama abc bermaksud pencahayaan itu adalah inspirasi untuk abc mencari cahaya bagi menerangi kehidupan.

#abc
#akubudakcuci


Selasa, 12 September 2017

Perbetulkan Niat Belajar

Jangan...
Jangan kau ingat selama ini kau selalu di atas dan kau takkan ke bawah.Ada masa kau akan ke bawah juga sama ada kau jatuh sendiri atau orang jatuhkan engkau.
Jangan ...
Jangan kau fikir selama ini apa yang engkau nak kau dapat sebab engkau hebat.Suatu hari nanti kau akan jadi orang paling hina dan bukan sehebat apa yang kau fikirkan.
Jangan ...
Jangan kau salahkan orang sekeliling engkau kerana sesuatu yang engkau harapkan tidak kesampaian.Semua itu pasti ada pengajaran dan pembelajaran yang pasti engkau tidak ketahui.
Jangan ...
Jangan lah engkau berterusan begini.Diri engkau hanya perlu yakin dengan yang Maha Kuasa Allah.Serahkan segalanya kepadaNya.Bergantung sepenuhnya kepadaNya.Engkau takkan jadi seperti ini tanpa Dia.
Inilah universiti kehidupan yang pasti silibusnya berbeza setiap insan.Rekod mana yang baik agar dapat dikongsi untuk saham akhirat.
Betulkan niat dan muhasabah diri adalah TINDAKAN SEGERA yang engkau perlu lakukan.
Motivasi pagi dari seorang sahabat yang sangat hebat.

Coretan ini aku taip sebelum tidur malam tadi dalam FB. Aku menaip setelah aku terfikir-fikir apa yang sahabat aku Wan Hazdy Azad. Nasihat dia sungguh memberi aku inspirasi untuk perbaiki diri aku. Selama ini aku memang tersalah dalam segala perjalanan aku menyambung belajar. Aku selama ini hanya inginkan sehelai certificate yang bernama master. Untuk apa?? Inilah nafsu keduniaan yang aku sendiri telah leka dan lalai, Sedangkan ulama-ulama terdahulu belajar adalah kerana Allah. Ilmu mereka cari untuk mendapat keberkatan dan mencari pahala. Tapi aku cuma mencari kebanggaan dan akhirnya menyebabkan aku akan riak dan bangga seterusnya pelbagai dosa dan banyak lagi kesilapan yang akan aku lakukan.

Jadi aku perlu perbetulkan niat aku mulai hari ini. aku bernasib baik sebab tersedar awal. Terima kasih sahabat yang menyedarkan aku. Mulai sekarang aku perlu tahu yang apa yang aku cari adalah ilmu. Jadi setiap apa yang aku lalui sepanjang master ini adalah pembelajaran dan pengalaman yang aku akan kongsi dan curahkan ilmunya kembali kepada mereka yang memerlukan. Bukan untuk diri aku.

Mustahil juga untuk aku dapat selama 2 tahun ilmu supervisor aku yang belajar lebih lama dari aku. Malah sepatutnya aku bersyukur kerana dia sentiasa bersama menyokong aku. Seriusly aku takkan jumpa supervisor yang sehebat ini. Thank you DR FADZIL.

Pagi tadi juga Dr ada wassap saya dan bertanya tentang msg saya dalam FB tu adakah untuk Dr. Saya kalau boleh balas wassap dengan nada tegas saya akan lakukan, kerana msg itu bukan untuk Dr dan ianya untuk diri saya. Saya minta maaf kalau ia membuatkan Dr terasa.

Dr juga ada memberitahu yang ada sesuatu yang Dr akan bagitahu kemudian... apa tu? saya tak pasti tetapi ia adalah lanjutan msg Dr yang berkata jika tiada perkara besar yang perlu dibincangkan, wassap sahaja. Tak perlu jumpa. Dr tambah lagi dan kata taknak ia memudaratkan saya. Bersabarlah...sambung Dr. 

Ok...saya terima. Mungkin kekerapan saya berjumpa Dr menyebabkan permasalahan. Jadi saya akan kurangkan berjumpa Dr dan elakkan semakin rapat dengan Dr. Saya parking kereta di FKM sekarang. Mungkin ada mata yang tidak suka saya sentiasa kelihatan di IIESM.Saya rela berkorban demi hubungan orang lain terpelihara.Maafkan saya DR.

#abc
#akubudakcuci




Isnin, 11 September 2017

Kedai Makan Singgey, Apartment Lily Tanah Rata.

Kedai makan ini terletak di apartment Lily. abc datang ke kedai ini dalam jam 6 petang hari Jumaat. nampak kedainya cuma ada satu keluarga sahaja sebagai pelanggan.

abc order :
1.Tomyam campur
2. Ikan Selar Kuning masak 3 rasa
3. Sayur campur
4. Sup belut

Tomyam campur... abc boleh bagi 4 bintang. Sebab tomyamnya sangat sedap dan dari kaedah masaknya pun telah diketahui bahawa tukang masak menggunakan bahan-bahan yang segar. Maklumla dekat ngan cameron. tomyam jenis ini biasanya terdapat di Hatyai Thailand sahaja. tomyam yang seakan kuah kari dan dimasak dengan santan.Maafla tak dapat nak sertakan gambar sekali kerana keenakannya menyebabkan kami terlupa.

Ikan Selar Kuning masak 3 rasa...abc boleh bagi 3 bintang sahaja. Rasanya sama macam masakan kedai lain. Cuma ia dibuat agar tidak pedas, masam dan rasanya sederhana sahaja. Namun ia tetap dialas dengan dau salad yang segar yang menyebabkan rasa manis daun salad itu terasa.

Sayur campur.... abc boleh bagi 3setengah bintang. Sayur yang segar dan manis dimasak dengan kicap. Namun tiada bahan lain yang menambah rasa.

Sup belut...3 bintang. Sup yang terasa sangat manis dek kerana sayur yang diletak di dalamnya. namun rasa belut yang sepatutnya diutamakan itu hilang kerana kesegaran sayur di dalam sup ini.


#abc Food Tester

MASTER BY RESEARCH

Abc sebenarnya dah setahun sambung belajar master secara penyelidikan di UiTM di hatiku. bidang yang abc buat adalah penyelidikan berkenaan batu bata. Tajuk kajian ini adalah dari penyelia abc sendiri. abc cuma perlu belajar dan lalui pengalaman penyelidikan ini.

Ye benar, selepas setahun abc belajar pelbagai dugaan dan rintangan yang dilalui. Awalnya abc telah mengatur strategi untuk menyiapkan penyelidikan ini lebih awal. Mengikut perancangan abc 6 bulan awal. Namun Allah adalah sebaik perancang.

Semester pertama abc lebih santai dengan banyak perkara. Pertandingan inovasi IIDEX 2016 peringkat UiTM kami masuk dan menang Gold. Kemudian masuk pulak pertandingan MTE di PWTC. Menang Silver. Kemudian masuk pulak IITEX di KLCC menang Gold jugak. Mulalah abc terfikir, bilakah abc akan mula buat kerja makmal ni? So pahat diambil dan ukira STOP terukir di minda.

Semester kedua abc mula serius melakukan kerja kajian. Masuk makmal dan memulakan kerja. sambil tu abc juga kena buat persediaan untuk DRP. Defend Research Proposal. Ok...fokus dulu pada DRP dan kemudian buat makmal. Plan abc. DRP selesai walaupun panel-panel menyarankan abc untuk convert master ke PHD. No...i must follow my plan 1st.

Bermula lah kerja makmal abc. abc mula membancuh dari mix paling bawah dalam jadual. Kerana plan abc mix ini susah kerana melibatkan kerja yang banyak. Secara kebetulan penyelia abc Dr Fadzil meminta pelajarnya membantu. Lebih baik mulakan yang susah dahulu dan kemudian yang senang nanti abc boleh buat sendirian. Namun plan abc itu salah. setelah ujian kekuatan untuk 7 hari dibuat, ia tidak memenuhi spesifikasi. Kekuatan berlebihan dari apa yang dikehendaki. Mengapa????

abc berjumpa Dr Fadzil. Beliau memaklumkan kesalahan abc. 1st sepatutnya bancuh yang kawalan dahulu. Mengapa bancuh mix yang akhir dahulu? Mengapa tak semak dahulu mix kawalan? Kemudian setiap kerja perlu diseragamkan dari pressure, berat bahan dan lain-lain. Kesimpulannya banyak yang abc salah.

Stress sangat abc....cuba menelefon kawan Azad. Namun panggilan tidak dijawab.

Nanti abc sambung lagi.....

#abc
#akubudakcuci

Isnin, 1 April 2013

jalan-jalan pantai timur


demi tugas yang tersandar di bahu..
demi tanggungjawab yang terpikul ini..aku merentas beberapa negeri di pantai timur untuk habiskan tugas pemantauan pelajar latihan industri.
dari Gerik, Perak terus ke Tanah Merah, Kelantan..bermalam di Kota Bharu.
keesokannya..lepas makan nasi dagang kat pasar CT Khadijah, dan memantau sorang pelajar,
perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu..
huh..jauh jugak perjalanan..dalam panas terik tu..lagi la terasa kejauhannya.
singgah makan sotong celop tepong di gerai Pok Nok..
malam..amjad, anak kesayangan ni..demam..pusing-pusing cari klinik,
xdek pon yang bukak..sampai pukul 8 mlm baru ada klinik yg dibuka.
pagi-pagi makan nasi dagang terengganu pulak..sedap!!
selepas pemantauan sorang student..terus gerak ke Kuantan.
kali ni perjalanan lagi meletihkan kerana melalui jalan lama..
maklum ajelah..laluan tar yang merentas kawasan ladang sawit..
bertampal-tampal la jalnnye..
alhamdulillah..selamat sampai ke Kuantan dan lunch di RFC (Radix Fried Chicken)..sedap!!
lepas hantar isteri dan anak untuk solat dan rehat di masjid, pemantauan diteruskan.
petang..temankan Amjad mandi di pantai Teluk Chempedak..dan bermalam di situ.
Pagi gerak ke tengah bandar dan jln Gambang..untuk teruskan pemantauan.
Breakfast lewat..terus mkn tengah hari..gulai opor daging berdekatan Dewan Mat Kilau..sedap!!
perjalanan diteruskan menuju JKR Raub, Pahang..dan Kuala Lipis adalah destinasi terakhir untuk pemantauan kali ni..alhamdulillah..selesai sumenye..pada 28MAC 2013..
malam..aku nak rehat...setelah jauh sangat memandu, 1480KM dalam 4 hari..
penat...nak rehat...